- Berbeza dengan kebanyakan polisi liabiliti awam, polisi ini adalah berkaitan dengan liabiliti yang wujud berpunca dari produk yang dijual.
- Liabiliti ini dianggap merumitkan dan insurer lebih cenderung untuk menangani masalah ini secara berasingan.
- Sekiranya seseorang itu tercedera atau jatuh sakit disebabkan oleh produk yang dibeli, umpamanya produk makanan, dan dapat membuktikannya kepada penjual atau pengeluar produk makanan tersebut, besar kemungkinan ia akan berjaya membuat tuntutan ganti rugi.
- Polisi liabiliti produk menyediakan perlindungan kepada pengeluar/penjual produk terhadap liabiliti undang-undang atas kematian/kecederaan/kerosakan harta benda disebabkan kecacatan produk yang dibekal atau dijual kepada orang ramai.
- Contoh produk yang boleh menimbulkan liabiliti ialah barangan elektrik, mesin, ubat-ubatan, alat solek dan barang permainan.
- Perlindungan yang disediakan termasuk membayar kos perundangan yang ditanggung oleh firma, dengan mendapat kebenaran insurer terlebih dahulu.
Pengecualian
Pengecualian umum ialah :
- Kecederaan kepada pekerja.
- Liabiliti berkontrak kecuali liabiliti tersebut wujud walaupun ketiadaan sebarang kontrak.
- Liabiliti yang timbul disebabkan kesilapan formula atau spesifikasi produk.
- Kerugian atau kerosakan kepada produk yang dibekal/dijual selepas kerja-kerja membaiki/mengubahsuai produk berkenaan.
No comments:
Post a Comment